swiperimg
play
GALERI
Mod Permainan Baharu: Ancaman Berbunga
Erangel
14/9 - 15/11
Sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Laut Hitam, Erangel iaitu peta yang bersaiz 8x8 km pada asalnya digunakan oleh pihak tentera sebagai tempat latihan. Selepas penaklukan Yarilo, Erangel telah mengalami perubahan besar dan ia kini dipenuhi tumbuh-tumbuhan. Kawasan bandar dan kemudahan pula masing-masing telah mengalami kerosakan. Pertempuran yang berlaku di Erangel kini adalah jauh berbeza daripada dulu dan bahaya terdapat di mana-mana sahaja.
Sanhok
18/9 - 15/11
Sanhok pada asalnya diliputi hutan yang tebal dan ia merupakan medan pertempuran pertama bersaiz kecil 4x4km. Tumbuh-tumbuhan menguasai tempat ini dan Yarilo telah menjadikan hutan di sini terlampau tebal. Seseorang harus berhati-hati kerana musuh mungkin berselindung di mana-mana sahaja.
Livik
22/9 - 15/11
Livik yang mempunyai pemandangan yang cantik kini menjadi semakin subur dengan ketibaan Yarilo. Di medan pertempuran mini 2x2km ini, bahaya terdapat di setiap penjuru sebaik sahaja anda mendarat. Jadi, bersiap sedialah untuk pertempuran dalam hanya notis sesaat.
Video Pengenalan